Pejamkan Mata
Ketika bila anda memejamkan mata? Tidur semestinya kita memejamkan mata. Tidak ada manusia yang tidur dengan membuka mata. Jika ada, manusia itu adalah spesis pelik yang lain dari yang lain. Selain tidur, bila lagi anda memejamkan mata?. Banyak lagi bukan?
Memejamkan mata merupakan satu perilaku yang unik. Kita jarang memperhalusi akan apa yang ada menerusi memejamkan mata ini. Kita hanya tahu melakukan, sedangkan apa yang kita lakukan itu sebenarnya mempunyai rahsia yang tersendiri.
Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah satu rahsia bagaimana dengan memejamkan mata, anda mampu untuk mengubah kehidupan anda. Mengubah kehidupan di sini bermaksud, daripada yang negatif kepada yang positif. Jika mahu ubah hidup anda dari positif ke negatif, itu tak perlu diajar, semua orang boleh lakukannya dengan sendiri, dengan sekelip mata, bila bila masa.
Apa yang anda mahu ubah? Emosi anda? Ya, emosi negatif sering malah sangat selalu berdamping dengan kita. Tidak kira dimana, ada sahaja emosi negatif yang bersarang. Tidak senang dengan watak orang lain, tidak puas hati dengan sesuatu keputusan, dan macam macam lagi. Sangat banyak situasi yang boleh mengundang kekacauan emosi.
Jika anda mendengar tips-tips dari penceramah dan kaunselor, banyak kaedah yang boleh anda praktikkan. Pilih sahaja mana satu yang anda mahu, dan mana satu yang serasi dengan anda. Ada yang menyarakankan mengambil wuduk, baca quran, pergi bercuti, melihat pemandangan dan sebagainya.
Dan, salah satu cara mengubah emosi negatif ke posotif itu adalah sepertimana tajuk artikel ini. Pejamkanlah mata anda. Pejamkan mata. Dan tenangkan hati. Seperti mana anda memujuk anak-anak anda atau memujuk pasangan, lakukanlah juga untuk diri anda sendiri. Belai diri anda sendiri. Melalui situasi mata terpejam itu, anda mampu untuk menyulusuri diri anda ke arah mana yang anda mahu.
Masih lagi memejamkan mata. Bayangkan apa sahaja perkara-perkara yang indah yang pernah anda lalui. Senyum. Senyum dan teruskan senyuman. Rasakan debaran jantung anda sehangat indahnya peristiwa indah yang telah berlaku itu. Mengenang pengalaman-pengalaman yang indah secara automatik akan memberi kekuatan kepada emosi anda dan secara tidak lansung membuang emosi negatif itu tadi.
Mungkin petua ini agak sukar dibuat. Tambah lagi ketika kita sukar untuk mengawal perasaan. Contohnya baru lepas dimarahi. Emosi amat terganggu, dan agak mustahil untuk berfikir dengan sempurna di kala itu. Apa yang difikir semuanya negatif. Mahu berhenti kerja, mahu cuti panjang, malas nak buat kerja, rasa hilang hormat kepada boss dan sebagainya. Ya, emosi negatif akan mendorong anda untuk berfikir semua itu.
Tetapi apa yang kita dapat? Dengan berfikir begitu, adakah kita menjadi semakin tenang dan berasa bahagia? Jawapan semestinya tidak. Anda akan menjadi semakin tertekan. Lalu menangis.
Cuba dulu. Pejamkan mata. Pejamlah saja. Jika tidak mampu untuk membelai diri sendiri dan tak mampu nak membayang sesuatu yang indah, cukup hanya pejamkan mata. Memejamkan mata sekurang-kurangnya mengurangkan rasa amarah anda.
Wallahua’lam
Iklan

Hubungi
YM: safa_pssi
Skype: alongsafa
E-Mel: alongsafa@gmail.com
Twitter: http://www.twitter.com/alongsafaUpdate di Email
Twitter
IKLAN
Assalamualaikum, selamat datang ke Blog Along Safa ini. Di sini kita bertemu untuk berkongsi kisah-kisah yang dikutip sepanjang perjalanan kehidupan ini. Kita berkongsi segala yang manis dan sudah tentu yang pahit, kerana sememangnya kehidupan adalah penuh dengan yang manis dan juga pahit. SEKADAR PERKONGSIAN PERJALANAN YANG MANIS... DAN PAHIT. Seterusnya...
