Memori di Nadwah Kepimpinan yang lalu

Minggu lalu, pada tarikh 25 hingga 27hb April 2008, saya bersama sahabat-sahabat berkampung di Pusat Kegiatan Pelajar di Lambor Kanan, Kg Gajah Perak.

Saya dan sahabat-sahabat di amanahkan untuk mengendalikan satu program di beri nama Nadwah Kepimpinanan. Saya sebagai ketua penyelaras dan ketua fasilitator untuk program ini.

Berdebar-debar juga mahu mengendalikan program sebesar ini. Namun dengan keyakinan dan dorongan semangat dari sahabat-sahabat, alhamdulillah program berjaya dengan cemerlang. Satu kejayaan yang belum pernah terbayang di kotak minda saya sebelum ini. Senyum girang dengan riak wajah kepuasan terpancar pada semua sahabat-sahabat yang turut serta dalam program ini. Dalam masa yang sama, setinggi kesyukuran saya rafakkan pada Ilahi kerana berkat keizinanNya jua, kejayaan ini mampu di raih.

Antara slot yang saya handle keseluruhannya adalah slot Kawad Muhasabah. Slot ini paling sukar jika mahu dibandingkan dengan aktiviti yang lain. Di buat pada waktu malam, saya mengarahkan peserta menutup mata. Saya bertanyakan soalan- soalan peribadi. Dan peserta hanya perlu menjawab YA atau TIDAK. Antara soalan-soalannya ialah: ‘Aku anak yang durhaka pada ibu bapa’, ‘aku tidak solat lima waktu sehari semalam’.

Slot ini memaksa saya untuk membuat satu suasana keinsafan dan peserta tika itu diharapkan mampu menjiwai sorotan ayat-ayat yang saya tuturkan dalam nada merintih, meraung, mengharap. Fokus yang saya tumpukan adalah dengan menekankan akan pentingnya Ibu dan bapa. Di akhir slot, majoriti peserta menangis. Puas hati juga melihat slot ini berjaya. Kami tayangkan video berkaitan ibu dari awal kelahiran hinggalah saat kematian ibu. Tika ini, esak tangis peserta semakin kuat kedengaran.Akhir sekali, peserta di minta menulis surat kepada kedua ibu bapanya.

Secara keseluruhan, program ini berjaya. Respon daripada peserta 98% mahu agar program ini diadakan lagi. Satu pencapaian yang amat menggalakkan bagi kami yang baru hendak mengenal dunia sebegini.

Semoga pada masa akan datang, akan lebih banyak kenangan indah akan tercipta. Tercipta hasil daripada indahnya sebuah ‘ikatan ukhwah’.

Layari laman web www.iisolution.com

Related posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.