Program Khemah Ibadah di Segambut

Assalamualaikum wbt. Sudah lama rasanya tidak meng update blog ini. Agak sibuk menguruskan pelbagai perkara dan majlis-majlis akan datang. Tambahan pula, tika musim cuti sekolah yang lalu, banyak sekali jemputan Walimatul Urus yang diperoleh. Tidak semua dapat dihadiri. Sekadar mencoret program yang lalu. Iaitu pada 24-25hb Mei 2008 yang lalu, saya bersama sahabat-sahabat di bawah naungan II Solution menjayakan sebuah lagi program di beri nama Khemah Ibadah untuk Sekolah Menangah Kebangsaan Sinar Bintang, Segambut Selangor. Program ini dikepalai oleh akh Merico yang bertindak selaku Ketua Fasi. Program berjaya dengan cemerlang…