Perjalanan Umrah 2 (Mekah)

Agak lama nak menyambung kembali rentetan perjalanan semasa mengerjakan umrah pada penghujung tahun lalu. Disibukkan dengan macam-macam urusan kehidupan. Ok kita sambung semula. Pada hari keempat, daripada Madinah, kami bersiap bertolak ke Mekah. Malam sebelum bertolak itu, mutawif kami Ustaz Fadly membuat sedikit taklimat berkaitan perjalanan pada keesokan harinya. Antaranya adalah lebih kepada cara mengerjakan umrah dan juga pantang larang ketika berada dalam ihram. Saya membuat ziarah widak di masjid nabawi selepas menunaikan solat Zuhur. Selepas zuhur, makan dan kemudian mandi. Bersiap memakai pakaian ihram. Kami berkumpul di lobi hotel…