Menghayati Ritma Orang Lama

Kebiasaaan yang akan berlaku di masjid kampung. Apabila mendapat perkhabaran terdapatnya orang kampung yang meninggal dunia, lantas akan ada yang bertugas memukul kentong: Sejenis alat yang diperbuat daripada kayu, mempunya lubang bagi menghasilkan bunyi yang kuat apabila diketuk. Kadangkala, ianya bersahutan dengan kampung sebelah menyebelah apabila kariah di sana pun mendapat berita yang sama. Ketika kentong berbunyi, ia telah mematikan suasana hening di pagi subuh itu. Seluruh kampung kaget. Seluruh kampung terkejut. Kerana seluruh kampung tahu ada orang meninggal dunia pada hari itu. Seperti ada tarikan magnet, pagi itu, rumah…