Menghayati Ritma Orang Lama

Kebiasaaan yang akan berlaku di masjid kampung. Apabila mendapat perkhabaran terdapatnya orang kampung yang meninggal dunia, lantas akan ada yang bertugas memukul kentong: Sejenis alat yang diperbuat daripada kayu, mempunya lubang bagi menghasilkan bunyi yang kuat apabila diketuk. Kadangkala, ianya bersahutan dengan kampung sebelah menyebelah apabila kariah di sana pun mendapat berita yang sama.

Ketika kentong berbunyi, ia telah mematikan suasana hening di pagi subuh itu. Seluruh kampung kaget. Seluruh kampung terkejut. Kerana seluruh kampung tahu ada orang meninggal dunia pada hari itu. Seperti ada tarikan magnet, pagi itu, rumah simati akan dikunjungi oleh segenap masyarakat. Berita kematian diketahui dengan cepat walaupun tiada kemudahan telefon ketika itu. Telefon bimbit apatah lagi.

Inilah suasananya. Kaedah ‘lama’ yang masih releven bagi penduduk kampung seperti saya bagi mengkhabarkan seluruh kampung ada orang meninggal dunia pada hari itu. Kentong di palu beberapa kali dengan rentak yang tertentu.

Saya berpendapat, ini adalah adat yang ditinggalkan sejak dahulu lagi. Adat yang secara tak lansung berkait rapat dengan ibadah. Berbicara tentang adat, sudah pasti kita terbayang tentang pelbagai perkara adat yang kadangkala tidak masuk akal.

Ada juga adat yang memang sesuai digandingkan bersama ibadah, tetapi ada juga adat yang menyimpang dari ibadah dan ajaran Islam itu sendiri.

Orang-orang dulu sememangnya tinggi ilmunya. Walaupun tidak bersekolah sehingga ke Universiti, tapi orang dahulu mampu melakukan hampir segalanya. Mampu membuka kampung, mampu menyatupadukan masyarakat dan mampu membina UKHWAH satu penempatan!! Walaupun orang tua tua tidak tau apa yang mereka lakukan itu adalah termasuk di dalam Rukun Usrah, tetapi perlaksanaannya amat baik sekali.

Berbeza dengan ‘pelapis-pelapis’ zaman kini yang majoritinya hanya megah pada teori yang dipelajari tetapi dangkal pada aspek perlaksanaannya. Mampu berkata-kata berdasarkan teori dengan penuh semangat dan keyakinan, tetapi akhirnya tenggelam juga di dalam meralisasi…..

Orang-orang dulu juga amat berdisiplin. Di awal pagi sudah nyuloh (menoreh getah sebelum subuh) dengan pelita di kepala. Di awal pagi sudah bersedia untuk berada di masjid. Dan muka orang-orang tua ini tidak pernah miss solat subuh di masjid. Manakala yang wanita melakukan kerja suri rumah di samping menanti suami pulang dari bekerja persis keindahan suasana kehidupan Islam. Si isteri ini sudah pasti akan menyambut suaminya dengan menyediakan air teh panas dan juga kueh kueh.

Mereka sebenarnya ini juga (org2 tua ini) mengikut datuk nenek moyang sebelum ini yang amat teguh kepada pegangannya. Mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itu adalah Deen Islam – Cara Hidup Islam! Di selang selikan dengan adat bagi meneguhkan lagi suasana itu mengikut kesesuaian. Tidak hairanlah, kerana itulah yang dipupuk oleh Kerajaan Islam yang pernah memerintah negara ini suatu ketika dahulu…….

Yang tinggal kini hanyalah saki-baki org2 tua yang masih lagi mengikut ‘peradaban’ secara tradisi. Apa yang nyata, ia sedang menghilang dan ia akan hilang juga suatu hari nanti. Yang tinggal hanyalah pewaris-pewarisnya yang megah dengan kata-kata teorinya dan kealpaan pewarisnya ini mengamalkan apa yang diamalkan oleh keturunannya sebelum ini. Maka akhirnya, akan wujud masyarakat yang serba lemah disana sini dan tiada kekuatan sendiri. Pada masa itu, maka munculah segala apa yang dijanjikan Allah bagi melengkapkan kejahilan itu. Sesungguhnya bagi melengkapkan alamat kiamat, Islam akan dianggap ganjil dan pelik di mata masyarakat.

Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah merenung saki baki peninggalan warisan agung. Yang pastinya akan kian hilang dari saban masa.

Related posts

One Thought to “Menghayati Ritma Orang Lama”

  1. Hamba Allah

    Setuju, orang-orang dulu mmg kaya dengan pelbagai khazanah dan harta. org melayu terutamanya mmg handal dan hebat satu masa dulu. tapi kini melayu semakin hilang identitinya dan tenggelam dlm arus kemajuan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.