Mendidik Diri Di Lampu Isyarat

Betapa sukar mahu mendidik hati. Saban hari kita melalui kehidupan ini, pelbagai perkara yang kita telah harungi dengan pelbagai rencah dan karenah. Apabila kita merenung semula kelakuan-kelakuan yang telah dilakukan, adakah semua kelakuan yang dilakukan itu adalah yang baik, yang mampu memberi manfaat buat diri dan juga suasana sekeliling? Mudahnya begini. Apa yang kita fikir, apa yang kita, ianya yang menentukan isi hidup kita. Ianya yang memberi kesan sampingan terhadap tingkah laku, emosi, persepsi dan juga sahsiah pada diri seseorang. Hakikat yang perlu diakui adalah, tidak ramai antara kita yang…