DI SEBALIK KISAH ANTARA ASRI IBRAHIM DAN ASHAARI MUHAMMAD

Dua insan ini telah pergi meninggalkan kita. Meninggalkan dunia yang fana ini. Mereka sudah berpindah alam yang mana setiap orang pasti akan melaluinya.Namun, pemergian kedua-dua insan ini bukan lah pergi yang begitu sahaja. Mereka pergi meninggalkan kesan. Mereka pergi meninggalkan satu ingatan buat sesiapa yang menyedarinya.Ada banyak kemiripan dan persamaan yang boleh ditulis dan dicoretkan bagi mengimbau kenangan sejarah lalu yang takkan mampu ditutup apapun jua perkara.Kisah Hidup Ashaari Muhammad.Satu nama yang tidak asing lagi buat para pendokong dan penyokong perjuangan Islam pada era 80-an hingga 90-an. Mungkin generasi hari…