Singgah Masjid Sri Sendayan Yang Masyhur tu..

Selepas pulang daripada Kajang, kami pun berhajat untuk terus pulang ke Melaka. Hujan turun renyai ketika itu. Ketika dalam perjalanan pulang, tercetus di hati saya untuk pergi ziarah Masjid Sri Sendayan yang mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik perhatian ramai orang. Jadi, kami pun buka lah maps dan menuju ke Masjid Sri Sendayan. Dalam renyai hujan, kami sampai di Masjid ini dan menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar. Ya, memang masjid ini sangat cantik. Mungkin ada juga antara kita yang akan teringat dengan rekabnetuk masjid lain di luar negara. Yang…