Berdebar Rasa Akan memasuki Era Wawasan 2020

Berdebar pula nak masuk tahun 2020. Dulu masa kat sekolah, masa perhimpunan diwajibkan nyanyi lagu patriotik, lagu ni la antara yg paling sedap.

Masa tu tahun 1997. Tingkatan 2. Waktu tu tak dapat bayang lagi apa yg ada pada tahun 2020. Masih ingat ada satu komik tu ada beri gambaran tahun 2020 nanti ada kereta terbang. Kartun tu ada teksi proton iswara tapi boleh terbang. Kelakar.

Ya, tak dinafikan berlaku perubahan dari zaman ke zaman. Masa itu dunia internet masih terasa asing. Pergi ke cyber cafe, main search search di Yahoo.com. Seacrh nama sendiri tengok keluar apa. Search nama Safari, sudah tentu hasil cariannya adalah zoo.

Bila dah mula pandai sikit, masing2 sibuk berchatting di MIRC. Masuk cyber cafe terus klik MIRC Chatting entah apa apa. Tetapi sudah cukup menyeronokkan pada waktu itu. Update lagi, masing2 sibuk pula update akaun Friendster masing2.

Telefon Nokia 3310 antara produk terlaris. Terasa bangga memperagakan Nokia 3310. Tidak terfikir lansung pada waktu itu, telefon yg asalnya hanya untuk membuat panggilan dan sms, kini fungsinya jauh melangkaui sempadan.

Itu adalah sekitar tahun 2000. Kini menghampiri 2020, dalam masa 20 tahun segala evolusi telah berlaku. Yg kita tak pernah terfikir pun pada 20 tahun yg lalu.

Apakah yang akan ada pada 20 tahun mendatang? Panjang umur, kita akan jumpa dan saksikan sendiri. Mungkin facebook ini sendiri sudah tak wujud dan diganti dengan benda lain yg kita tak mampu lg utk imagine skrg. Atau jika masih ada pun, sudah menjadi tidak relevan. Seperti mana yahoo.com yang dulunya gah, kini ditenggelami google.

Related posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.