Jangan Main-main Dengan Tanah Haram

Tanah haram tak sama seperti tanah lain. Tanah haram special. Apabila sampai ke sana, rasailah sendiri.

Itu sebab sesiapa yang dah pernah jejak kaki ke tanah haram, jiwanya meronta-ronta nak pegi. Kata ustaz saya, orang itu sudah ‘terkena mukjizat Nabi Ibrahim’. Apakah mukjizat itu? heee.. cerita kat sana la baru best hehe.

Cerita pasal keajaiban-keajaiban di tanah haram ni bukan sedikit yang saya dengar. Banyak sangat. Apa yang didoakan makbul.. itu dah banyak yang kita dengar. Cerita apa yang terlintas pun makbul.. pun biasa dengar. Cerita niat nak maksiat (niat je pun) terus mendapat kafarah.. pun biasa dengar.

Saya sendiri sepanjang berkecimpung sebagai mutawif ni, banyak jugak la benda2 amazing yg saya sendiri alami dan tak kurang juga apa yang jemaah2 saya alami dan diceritakan kepada saya dan jemaah yg lain.

Nak saya cerita pengalaman saya ke?

Pengalaman saya tak best mana pun. Yang dah lupa pun ada…

Tapi nak cerita satu. Gambar ni adalah selepas kami beberapa org berpakat nak memburu Hajar Aswad. Alhamdulillah majoriti orang yg dalam gambar dapat kucup Hajar Aswad. Lepas tu dapat juga solat di Hijr Ismail.

Ada seorang jemaah ni, dia tak dapat. Tak silap saya dia dah cuba 3 kali masuk tapi tak dapat-dapat kucup.

Rupa-rupanya dia ada berdoa untuk nak kucup hajar aswad pada hari kelahirannya. Dan hari kelahiran nya tu pada keesokan hari.

Maha Suci Allah, esok hari sekali masuk je dapatlah kucup hajar aswad. Alhamdulillah.

Nak cerita, apa yang kita doa, apa yang kita niatkan.. apa yg dihajatkan, InshaAllah makbul kat sini. Cuba yakin atau tak je la…

Anda kalau ada pengalaman-pengalaman yang best yang amazing tu, boleh la kongsi2 kat ruangan komen. InshaAllah posting akan datang saya cerita lagi benda2 amazing di tanah haram.

Begitulah

Mutawwif Cabuk
Safari Sarodin
22/12/2019
Merlimau, Melaka

Related posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.