Corat Coret Dari Hospital Batu Pahat

Saat saya memulakan tulisan ini, saya sedang berada di Wad 6A, Hospital Batu Pahat. Menemani ayah saya yang ditahan wad disebabkan jangkitan kuman.

Memulakan tahun baru 2020 di hospital. Malam tahun baru, saya berada di ruang menunggu bahagian Kecemasan. Menanti apakah result result terkini yang disanpaikan oleh doktor di zon merah tersebut.

Awalnya, bapa saya dimasukkan ke wad pada hari Isnin 30 Disember 2019. Masuk wad kerana nak buang nanah di ibu jari tangan kanan. Prosuder buang nanah dibuat pada 1 pagi 31 Disember 2019.

Selesai membuang nanah, doktor kata dah boleh discharge. Saya pun ke hospital untuk ambil bapak saya pulang. Dibenarkan pulang sekitar jam 4.00 petang 31 Disember.

Bermula semasa dalam kereta lagi, semasa perjalanan pulang ke rumah, abah seperti tak keruan dan seperti sukar bernafas dan terhoyong hayang. Sampai di rumah, keadaan berterusan. Duduk pun begitu. Baring pun begitu. Keluh kesah dan gelisah. Saya juga dapati kaki kanan abah bengkak dan merah. Ianya agak merisaukan.

Saya meminta pandangan isteri saya. Isteri saya ni tentang perubatan dan kesihatan memang dia lebih tau banding saya. So saranan dia adalah bawa ke hospital semula. Setelah menilai dengan wajar, saya buat keputusan untuk hantar semula ke hospital.

Tiba di emergency Hospital Batu Pahat jam 6.45 petang 31 Disember. Doktor membuat pemeriksaan awal. Doktor juga mengatakan mengapa dibenarkan discharge. Saya pun tak pasti. Mungkin last check by doktor tidak menunjukkan simpton itu sebelumnya.

Doktor memaklumkan kemungkinan ada jangkitan kuman. Xray perlu dilakukan. Bacaan darah abah juga sangat rendah apabila hanya menunjukkan bacaan 77/53. Doktor juga menunjukkan bacaan ECG dan menyatakan ada sedikit ‘serangan jantung’. Tindakan awal menghantar semula ke hospital adalah keputusan tepat.

Abah diletakkan di zon merah emergency tersebut. Sementara kami menanti update terkini daripada doktor. Doktor mengatakan memang confirm masuk wad tapi belum tau lagi akan dibawa ke wad jam berapa. Kami terus menanti.

Jam melewati pukul 12 tengah malam. Di saat orang lain gembira menyambut kedatangan tahun baru 2020, saya berada di hadapan emergency hospital menanti perkembangan terkini daripada doktor.

Lama saya berada di situ. Selama itu, pelbagai pesakit datang satu demi satu menuju ke bahagian emergency. Dengan pelbagai sakit. Ada yang datang kakinya terhencot hencot. Ada yang datang kerana di patuk ular. Ada yang datang kerana jatuh disebabkan darah tinggi. Ada yang datang tidak sedarkan diri. Dan ada yang datang sebagai jenazah yang mati mengejut di usia 40 an utk di bedah siasat. Semua itu saya saksikan di sepanjang malam tahun baru tersebut.

Bila melihat pelbagai rencam ini, maka betapa mahalnya rasa syukur kita selama mana kita dikurnia kesihatan dan kesenangan. Nikmat sihat adalah kurnia yang paling mahal harganya. Apalah guna duit yang banyak tetapi sakit terlantar.

Subuh menjelang tiba. Abah masih tidak dibawa ke wad. Saya terus menanti dan sekali sekala bertanya pada doktor perkembangan terkini. Keadaan masih sama. Bacaan darah masih rendah dan abah disupport dengan ubat setiap masa bagi membantu jantung.

Akhirnya, abah di bawa ke wad lebih kurang jam 11 pagi 1 Januari 2020. Ditempatkan di Wad 6A.

Kami adik beradik bergilir menemankan abah sepanjang di hospital ini.

Rawatan masih diteruskan. Dan inshaAllah esok pagi abah akan menjalani pembedahan bagi membuang sel kulit kaki yang dijangkiti kuman. Jika daging juga ada jangkitan kuman, juga akan dibuang.

Doktor memaklumkan yang pembedahan ini berisiko tinggi. Semuanya diserahkan pada Allah yang maha kuasa dan mudah mudahan semuanya berjalan dengan baik dan abah kembali sihat seperti biasa.

Begitulah sedikit coretan dari bilik 1 wad 6a. Sambil menemani abah.

Safari Sarodin
Hospital Sultanah Nora Ismail
Batu Pahat
1.50 pagi
3 Januari 2020

Related posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.