DI SEBALIK KISAH ANTARA ASRI IBRAHIM DAN ASHAARI MUHAMMAD

Dua insan ini telah pergi meninggalkan kita. Meninggalkan dunia yang fana ini. Mereka sudah berpindah alam yang mana setiap orang pasti akan melaluinya.Namun, pemergian kedua-dua insan ini bukan lah pergi yang begitu sahaja. Mereka pergi meninggalkan kesan. Mereka pergi meninggalkan satu ingatan buat sesiapa yang menyedarinya.Ada banyak kemiripan dan persamaan yang boleh ditulis dan dicoretkan bagi mengimbau kenangan sejarah lalu yang takkan mampu ditutup apapun jua perkara.Kisah Hidup Ashaari Muhammad.Satu nama yang tidak asing lagi buat para pendokong dan penyokong perjuangan Islam pada era 80-an hingga 90-an. Mungkin generasi hari…

Mendidik Diri Di Lampu Isyarat

Betapa sukar mahu mendidik hati. Saban hari kita melalui kehidupan ini, pelbagai perkara yang kita telah harungi dengan pelbagai rencah dan karenah. Apabila kita merenung semula kelakuan-kelakuan yang telah dilakukan, adakah semua kelakuan yang dilakukan itu adalah yang baik, yang mampu memberi manfaat buat diri dan juga suasana sekeliling? Mudahnya begini. Apa yang kita fikir, apa yang kita, ianya yang menentukan isi hidup kita. Ianya yang memberi kesan sampingan terhadap tingkah laku, emosi, persepsi dan juga sahsiah pada diri seseorang. Hakikat yang perlu diakui adalah, tidak ramai antara kita yang…

Ranjau Dalam Kehidupan

Kehidupan ini tidak dapat lari daripada melalui pelbagai ranjau yang merintangi di setiap langkah perjalanan kita. Ranjau yang menjengah ini tidak lain tidak bukan adalah merupakan satu medium untuk menjadikan diri kita menjadi lebih matang dan memahami akan erti kehidupan ini. Melalui segala macam ranjau ini ada kalanya menjadikan diri kita seorang yang lebih bersedia akan apa juga yang bakal mendatangi perjalanan kehidupan. Kerana ianya sudah pasti akan terjadi. Cuma, bila, dimana, siapa, bagaimana dan pelbagai persoalan itu akan muncul dan akan terjawab di kemudian hari. Ranjau Di Alam Pengajian…

Segalanya Sudah Ditentukan

Hidup di dunia ini sudah ditentukan Allah. Setiap inci pergerakan kita di dalam dunia ini tetap dalam pengetahuan Allah walau kita cuba bersembunyi daripadaNya. Berbuat baik Allah tahu, berbuat jahat pun Allah tahu. Segala perilaku yang kita lakukan pasti ada timbal balik. Hatta, dalam kehidupan manusia ini sendiri adanya pepatah yang berbunyi: buat baik dibalas baik, buat buruk di balas buruk. Sebagai seorang manusia yang bertuhankan Allah, satu-satunya tuhan semesta alam ini, satu keyakinan harus dipasakkan dalam hati manusia ini bahawa setiap apa yang kita lakukan pasti ada timbal baliknya.…

Ulasan Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang mungkin boleh dikatakan filem yang ditunggu-tunggu oleh saya. Juga boleh dikatakan ramai masyarakat yang tertunggu-tunggu filem ini. Daya tarikan utama filem ini sudah tentu pada pelakon yang pertama kali beraksi di layar perak iaitu Ustaz Azhar Idrus. Sebelum masuk ke panggung wayang, harapan saya pada filem ini adalah dapat melihat sebuah filem komedi bercorak agama yang dilakonkan oleh Ustaz Azhar Idrus dan mampu memberi pengajaran dan dalam masa yang sama memberi hiburan sewajarnya bersesuaian dengan watak humor Ustaz Azhar Idrus dalam kuliah. Bersama dua…

Memoir Aku Dan Nasyid

Rasa macam tak percaya. Setelah sekian lama tidak naik ke pentas untuk bernyanyi nasyid, hari ini saya melakarkan sejarah tersendiri apabila telah naik ke pentas semula untuk membuat persembahan! Satu perkara yang sangat susah dan sukar untuk dilakukan tetapi ianya telahpun berlaku! Tolonglah percaya! Oh. Pagi tadi, 26hb Oktober 2013, saya bersama tiga orang pelajar Politeknik Merlimau telah menyertai satu pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia, Melaka bersempena dengan Pesta Konvo Utem yang sedang berlansung. Keputusan untuk masuk pertandingan dibuat di saat akhir apabila kekurangan…

Ulama dan Pertolongan Allah

Saya memperolehi cerita yang menarik ini dari blog Kang Razzi Armansur www.razziarmansur.com Bacalah dengan penuh minat! Klik Read More untuk text penuh. ———————————————– Cerita ini adalah intro dari buku saya yang akan terbit: Hendak Miskin Ataupun Kaya PADA suatu hari seorang guru menceritakan satu kisah yang sangat menarik dan penuh pengajaran. Begini ceritanya: Pada zaman dulu terjadi satu banjir besar dalam sebuah kampung di tepi sungai. Semua penduduk kampung telah berpindah kecuali seorang ulama yang tinggal di tempat yang agak tinggi. Ulama tersebut berulang-ulang mengatakan kepada mereka yang akan berpindah,…