Corat Coret Dari Hospital Batu Pahat

Saat saya memulakan tulisan ini, saya sedang berada di Wad 6A, Hospital Batu Pahat. Menemani ayah saya yang ditahan wad disebabkan jangkitan kuman. Memulakan tahun baru 2020 di hospital. Malam tahun baru, saya berada di ruang menunggu bahagian Kecemasan. Menanti apakah result result terkini yang disanpaikan oleh doktor di zon merah tersebut. Awalnya, bapa saya dimasukkan ke wad pada hari Isnin 30 Disember 2019. Masuk wad kerana nak buang nanah di ibu jari tangan kanan. Prosuder buang nanah dibuat pada 1 pagi 31 Disember 2019. Selesai membuang nanah, doktor kata…

Berdebar Rasa Akan memasuki Era Wawasan 2020

Berdebar pula nak masuk tahun 2020. Dulu masa kat sekolah, masa perhimpunan diwajibkan nyanyi lagu patriotik, lagu ni la antara yg paling sedap. Masa tu tahun 1997. Tingkatan 2. Waktu tu tak dapat bayang lagi apa yg ada pada tahun 2020. Masih ingat ada satu komik tu ada beri gambaran tahun 2020 nanti ada kereta terbang. Kartun tu ada teksi proton iswara tapi boleh terbang. Kelakar. Ya, tak dinafikan berlaku perubahan dari zaman ke zaman. Masa itu dunia internet masih terasa asing. Pergi ke cyber cafe, main search search di…

Singgah Masjid Sri Sendayan Yang Masyhur tu..

Selepas pulang daripada Kajang, kami pun berhajat untuk terus pulang ke Melaka. Hujan turun renyai ketika itu. Ketika dalam perjalanan pulang, tercetus di hati saya untuk pergi ziarah Masjid Sri Sendayan yang mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik perhatian ramai orang. Jadi, kami pun buka lah maps dan menuju ke Masjid Sri Sendayan. Dalam renyai hujan, kami sampai di Masjid ini dan menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar. Ya, memang masjid ini sangat cantik. Mungkin ada juga antara kita yang akan teringat dengan rekabnetuk masjid lain di luar negara. Yang…

Program Khemah Ibadah di Segambut

Assalamualaikum wbt. Sudah lama rasanya tidak meng update blog ini. Agak sibuk menguruskan pelbagai perkara dan majlis-majlis akan datang. Tambahan pula, tika musim cuti sekolah yang lalu, banyak sekali jemputan Walimatul Urus yang diperoleh. Tidak semua dapat dihadiri. Sekadar mencoret program yang lalu. Iaitu pada 24-25hb Mei 2008 yang lalu, saya bersama sahabat-sahabat di bawah naungan II Solution menjayakan sebuah lagi program di beri nama Khemah Ibadah untuk Sekolah Menangah Kebangsaan Sinar Bintang, Segambut Selangor. Program ini dikepalai oleh akh Merico yang bertindak selaku Ketua Fasi. Program berjaya dengan cemerlang…

Kita Berhak Menjadi Diri Sendiri

Mengapa sanggup menzalimi diri untuk kebahagiaan orang lain? Ada sesetangah orang yang sanggup membiarkan dirinya derita, asalkan orang lain bahagia. Setiap orang mempunyai hak untuk menjadi dirinya sendiri. Kita berhak untuk membawa haluan hidup kita ke arah mana yang kita mahukan. Kita tidak boleh membiarkan diri kita di kawal (control) oleh orang lain dengan pelbagai alasan yang di cipta. Hidup ini Allah kurniakan kepada kita agar kita memanfaatkannya sebagai sebagai Hamba Abdi yang mendambakan redha dariNya. Untuk mencapai keredhaan dari Allah, tidak semestinya terkongkong pada satu kaedah sahaja. Lantaran itu,…

Memori di Nadwah Kepimpinan yang lalu

Minggu lalu, pada tarikh 25 hingga 27hb April 2008, saya bersama sahabat-sahabat berkampung di Pusat Kegiatan Pelajar di Lambor Kanan, Kg Gajah Perak. Saya dan sahabat-sahabat di amanahkan untuk mengendalikan satu program di beri nama Nadwah Kepimpinanan. Saya sebagai ketua penyelaras dan ketua fasilitator untuk program ini. Berdebar-debar juga mahu mengendalikan program sebesar ini. Namun dengan keyakinan dan dorongan semangat dari sahabat-sahabat, alhamdulillah program berjaya dengan cemerlang. Satu kejayaan yang belum pernah terbayang di kotak minda saya sebelum ini. Senyum girang dengan riak wajah kepuasan terpancar pada semua sahabat-sahabat yang…

Strategi dan taktik peperangan Rasulullah SAW

Berikut adalah antara strategi dan taktik peperangan Rasulullah SAW, sepanjang yang saya tahu. Dan kesemuanya boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian: 1. Pemimpin mesti rela dipimpin. Pemimpin mesti di depan tetapi dalam masa yang sama mesti rela berada di belakang, dipimpin. Dalam satu peperangan, Rasulullah dipimpin oleh tentera Islam yang masih berumur remaja. 2. Cara terbaik untuk memenangi peperangan ialah mengelakkan peperangan itu. Setiap peperangan mesti bersebab. Hanya setelkah tidak boleh dielakkan, barulah dibolehkan berperang. 3. Untuk menang, wajib mengenali kekuatan diri sendiri dan dalam masa yang sama mengenali kekuatan…