Subuh Jumaat dan Surah As-Sajadah

Salam jumaat yang barakah. Semoga kita semua diredhai Allah disetiap masa, setiap ketika. Alhamdulillah semakin hari kita melihat kesedaran umat Islam untuk lebih memahami dan mengamalkan ajaran Islam semakin berkembang dan bertambah baik. Kesedaran ini timbul semestinya dari keizinan Allah di samping faktor sekeliling khususnya capaian ilmu yang boleh di capai dengan mudah. Jika dahulu, untuk mendapatkan sesuatu ilmu, harus pergi ke masjid ataupun kelas pengajian. Dan topiknya pun terikat kepada tok guru yang mengajar. Tetapi hari ini, akses ilmu boleh diperolehi dengan mudah dari pelbagai medium khususnya melalui capaian…

Dari Setitis Air

Sesekali apabila anda berasa bosan, atau tidak tahu nak buat apa, apa kata jika anda keluar dari rumah dan pergi ke mana-mana tempat yang mempunyai ramai orang. Apa kata jika anda pergi ke pasaraya. Boleh juga pergi ke mana-mana taman, stesen bas atau apa sahaja tempat. Cari satu tempat untuk anda duduk. Tempat anda duduk itu adalah tempat yang terbuka dan boleh melihat ramai orang. Sekarang, teruskan duduk dan pandang sebanyak mana manusia yang boleh anda pandang. Setiap manusia yang anda pandang itu, anda boleh tafsirkan sendiri mengikut apa yang…

Menghayati Ritma Orang Lama

Kebiasaaan yang akan berlaku di masjid kampung. Apabila mendapat perkhabaran terdapatnya orang kampung yang meninggal dunia, lantas akan ada yang bertugas memukul kentong: Sejenis alat yang diperbuat daripada kayu, mempunya lubang bagi menghasilkan bunyi yang kuat apabila diketuk. Kadangkala, ianya bersahutan dengan kampung sebelah menyebelah apabila kariah di sana pun mendapat berita yang sama. Ketika kentong berbunyi, ia telah mematikan suasana hening di pagi subuh itu. Seluruh kampung kaget. Seluruh kampung terkejut. Kerana seluruh kampung tahu ada orang meninggal dunia pada hari itu. Seperti ada tarikan magnet, pagi itu, rumah…

Sebuah Estima Lama

Kehidupan yang dilalui mengandungi seribu macam perkara yang memang sukar diungkap dan dihuraikan. Perjalanan manusia dari awal hingga akhirnya mengandungi pelbagai rahsia yang tersembunyi di dalamnya pedoman dan pengajaran. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Saufi, seorang graduan lepasan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Kini bertugas sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di Muar Johor. Saufi melansungkan perkahwinan semasa tahun akhir pengajiannya bersama gadis pilihan bernama Azlina. Suatu hari, sekitar jam 3 petang, sedang Saufi melakukan tugasan hariannya seperti biasa, dia dikejutkan oleh deringan telefon. Di lihat paparan di…

Usah Salahkan Allah

Di suatu hari, sepasang suami isteri baru sahaja diijabkabulkan. Majlis Walimatul Urus akan berlansung pada hari itu juga bermula jam 11 pagi. Pasangan yang baru bernikah ini belum hilang debar selepas melalui majlis pernikahan, debaran seterusnya pula adalah untuk mempertontonkan diri menjadi pengantin yang menjadi perhatian semua orang. Majlis berlansung dengan penuh meriah. Pasangan suami isteri ini berasa sangat teruja dengan majlis perkahwinan mereka. Tentu masa-masa yang akan dilalui selepas ini menjadi lebih indah dengan adanya teman dalam kehidupan. Perancangan mula di atur. Bilangan anak mula ditentukan. Beserta pelbagai lagi…

Kisah Khaulah dan Hukum Zihar

Baru malam tadi saya post topik berkaitan Zihar dan kisah Khaulah binti Tha’labah. Dan pagi tadi di office pun, saya sempat bermuzakarah sebentar dengan sahabat saya berkaitan Zihar dan Khaulah binti Tha’labah. Tup-tup, bila tengok akhbar Utusan malaysia hari ini, terpampang cerita berkaitan khaulah dan Zihar. Seolah-olah macam ada kait mengait sahaja. Saya paparkan artikel dari utusan ke sini untuk tatapan dan manfaat kita bersama.. Insyallah. Allah kabulkan doa Khaulah KHAULAH binti Sa’labah adalah antara golongan wanita Ansar pertama memeluk Islam semenjak Islam tiba di Madinah. Beliau seorang yang sangat…

Bukan Mudah Melafaz Sayang

Bukan mudah melafaz sayang. Ya, itulah sebenarnya. Bukan calang-calang orang yang mampu melafazkan sayang dalam erti kata sayang itu pada sudut luahan kata hasil dari kejujuran dan keikhlasan dari hati nan suci. Kita seringkali terdengar sesiapa sahaja mengungkapkan sayang walhal sayangnya itu hanya pada ucapan kata dan bait di bibirnya sahaja. Ramai orang mengungkap sayang tanpa menghadirkan rasa sayang itu di dalam jiwa dan sanubari yang terletak jauh di dalam seketul daging yang amat unik kejadiaannya diciptakan Allah iaitulah hati. Boleh buat, tapi sebenarnya bukan mudah. Malah untuk melaksanakannya pun,…

Mati Itu Sesuatu Yang Pasti

Pagi ini semasa membuka YM di internet, seorang rakan YMku menghantar offline message. Offline message itu menyarankanku agar pergi ke link yang diberikan dan menghayatinya. Link tersebut ialah: http://anakbapa.blogspot.com/2008/09/puteriku-siti-hajar-permata-hati-ayah.html#links Apabila ku selesai membaca artikel di blog tersebut, jiwaku menjadi sebak dan syahdu lantaran kisah yang dipaparkan itu telah menyentuh benak sanubariku. Kisah tersebut merupakan detik detik yang dilalui oleh seorang bapa tatkala puteri kesayangannya pergi meninggalkan ibu bapa dan kelurganya jauh tanpa kembali lagi. Cerita ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepadaku pabila mengenangkan diri sendiri yang teramat jauh berbanding sesetengah…

Strategi dan taktik peperangan Rasulullah SAW

Berikut adalah antara strategi dan taktik peperangan Rasulullah SAW, sepanjang yang saya tahu. Dan kesemuanya boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian: 1. Pemimpin mesti rela dipimpin. Pemimpin mesti di depan tetapi dalam masa yang sama mesti rela berada di belakang, dipimpin. Dalam satu peperangan, Rasulullah dipimpin oleh tentera Islam yang masih berumur remaja. 2. Cara terbaik untuk memenangi peperangan ialah mengelakkan peperangan itu. Setiap peperangan mesti bersebab. Hanya setelkah tidak boleh dielakkan, barulah dibolehkan berperang. 3. Untuk menang, wajib mengenali kekuatan diri sendiri dan dalam masa yang sama mengenali kekuatan…