Jangan Main-main Dengan Tanah Haram

Tanah haram tak sama seperti tanah lain. Tanah haram special. Apabila sampai ke sana, rasailah sendiri. Itu sebab sesiapa yang dah pernah jejak kaki ke tanah haram, jiwanya meronta-ronta nak pegi. Kata ustaz saya, orang itu sudah ‘terkena mukjizat Nabi Ibrahim’. Apakah mukjizat itu? heee.. cerita kat sana la baru best hehe. Cerita pasal keajaiban-keajaiban di tanah haram ni bukan sedikit yang saya dengar. Banyak sangat. Apa yang didoakan makbul.. itu dah banyak yang kita dengar. Cerita apa yang terlintas pun makbul.. pun biasa dengar. Cerita niat nak maksiat (niat…

Pendaftaran Umrah Tahun 2020

[PENDAFTARAN UMRAH 2020] Hotel 5 Bintang dan Hanya 50 meter sahaja dari Masjidilharam. Harga Mampu dan Tiada yang Mustahil. InShaAllah dengan Bimbingan Sempurna A to Z, Penjagaan dan Kebajikan Diutamakan. Semoga Duyufur Rahman akan mendapat Umrah Maqbulah dan Umrah yang Nikmat. Kami akan pastikan Wang yang anda laburkan pasti Berbaloi. Jangan Pandang Pada Harga Yang Murah atau Mahal tetapi Tidak Berbaloi. Kami Tidak Sembunyi Harga dan Kos. Setiap Harga Pasti Ada Cerita Di Sebaliknya. Anda Perlu Bijak Menilainya. PAKEJ SAFWA ISTIMEWA 11 hari 9 malam RM5,999.00 – Sebilik 5 Orang…

Perjalanan Umrah 2 (Mekah)

Agak lama nak menyambung kembali rentetan perjalanan semasa mengerjakan umrah pada penghujung tahun lalu. Disibukkan dengan macam-macam urusan kehidupan. Ok kita sambung semula. Pada hari keempat, daripada Madinah, kami bersiap bertolak ke Mekah. Malam sebelum bertolak itu, mutawif kami Ustaz Fadly membuat sedikit taklimat berkaitan perjalanan pada keesokan harinya. Antaranya adalah lebih kepada cara mengerjakan umrah dan juga pantang larang ketika berada dalam ihram. Saya membuat ziarah widak di masjid nabawi selepas menunaikan solat Zuhur. Selepas zuhur, makan dan kemudian mandi. Bersiap memakai pakaian ihram. Kami berkumpul di lobi hotel…

Perjalanan Umrah 1 (Madinah)

Sudah lama mahu menulis perihal tajuk ini. Tetapi seperti banyak kekangan yang muncul. Namun, dikuatkan juga semangat untuk menulis sedikit rentetan perjalanan sebagai kenangan buat diri sendiri dan juga kami sekeluarga. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt, kami sekeluarga telah dimudahkan urusan untuk menjejakkan kaki di bumi haram iaitu Madinah Al-Munawwarah dan Makkah Al-Mukarramah. Jika sebelum ini, ianya hanya sekadar angan-angan dan impian, namun semuanya telah menjadi kenyataan. Saya pernah menulis impian menunaikan umrah  ini di dalam blog sekitar tahun 2009 yang lalu. SILA KLIK DI SINI untuk melihat post…