Kasih Sayang Anugerah Ilahi – Nikmati Ia Pada JalanNya

Kasih sayang adalah satu perasaan yang unik. Ia ada, tetapi ia tak nampak. Yang dapat merasakannya hanyalah orang yang melaluinya sahaja. Pada artikel ini, kita tumpukan perihal kasih sayang itu kepada manusia sesama manusia. Lebih khusus lagi, tumpuan diberikan ke arah pasangan muda mudi yang mencari kekasih hati masing-masing. Pasangan yang sedang dilamun cinta seringkali mengatakan kasih dan sayangnya terhadap pasangan. Namun, sejauh mana perasaan sayang itu, mungkin hanya dia seorang sahaja yang tahu. Perkataan tidak akan mampu menterjemah akan apa yang berlaku di dalam gelora perasaan setiap individu. Setiap…

Sunyi Sepi Disana sini

Hari ini jari ini gatal menengok-nengok blog kawan kawan yang ada dalam senarai blog ini. Rasa sayu dan sedih pun ada kerana kebanyakan blog kawan kawan semua sudah sepi ditinggal pergi. Blog blog sepi tanpa dikemas. Sunyi sepi. Tidak gegak gempita seperti mana setahun dua yang lalu. Setahun atau dua tahun yang lalu, semua berlumba-lumba mahu membikin blog. Mengupdate post yang bermacam macam genre saban hari, saban ketika. Keadaannya sangat meriah dan gegak gempita di sana sini. Alangkah meriahnya suasana itu. Keadaan hari ini seolah-olah seperti sebuah kampung yang sunyi…

Adakah Diri Terpilih?

Di dalam hidup semenjak kelahiran hinggalah kematian, manusia sememangnya akan terdedah di dalam segala proses pemilihan. Pemilihan mungkin pada skop diri sendiri atau pun selain dari itu seperti dalam kelompok masyarakat, pergaulan, pertandingan dan sebagainya…… Di dalam rahim lagi, pemilihan bermula diantara jantina iaitu lelaki ataupun perempuan. Selepas itu pemilihan tempat bersalin, pemilihan sekolah, pemilihan kelas (terpandai, kurang pandai dan seterusnya), pemilihan mewakili rumah sukan, pemilihan segalanya!!!!!!!! Segalanya melalui proses pemilihan sehinggalah hujungnya nanti pemilihan antara syurga ataupun neraka……. Apa yang pasti, diri pasti akan berbangga sekiranya pemilihan itu memihak…